Kaum Iban di Sarawak |
Wednesday, 9 December 2015
Pergi ke pasar bersama Kalsum,
Singgah sebentar berjumpa pelawak,
Negeri terbesar pelbagai kaum,
Bumi kenyalang itulah Sarawak.
Malaysia sememangnya terkenal dengan status negara berbilang kaum, atau dalam bahasa Inggeris multi-racial di rantau Asia Tenggara ini. Seperti mana yang diketahui umum, majoriti kaum di Malaysia adalah berbangsa Melayu, diikuti Cina dan India. Namun, lain pula halnya di Sabah dan Sarawak. Misalnya Sarawak, negeri tersebut terkenal dengan pelbagai kaum bumiputera, antaranya kaum Iban, Bidayuh, Melanau dan sebagainya. Kaum-kaum tersebut mewakili kawasan tertentu di serata negeri tersebut. Kaum Iban terutamanya, merupakan kaum yang cukup dikenali di negeri Sarawak dan kaum yang mempunyai populasi terbesar di negeri tersebut.
Gawai Dayak merupakan perayaan utama bagi kaum Iban, Bidayuh, kaum Orang Ulu (Kayan, Kenyah) serta masyarakat Dayak. Gawai bermaksud pesta. Perayaan ini diraikan setiap tahun. Menurut kepercayaan mereka, Gawai Dayak bertujuan menzahirkan rasa syukur kepada sang Pencipta kerana telah mengurniakan rezeki kepada mereka, seterusnya memohon supaya rezeki dapat terus dilimpahkan kepada mereka pada masa akan datang. Sebagaimana upacara-upacara rasmi yang lain, Gawai Dayak juga terdapat persediaan tertentu yang perlu dilakukan menjelang perayaan tersebut.
Antara persediaan yang dilakukan ialah penapaian "tuak", iaitu sejenis minuman tradisi masyarakat Dayak untuk diminum kelak. Dari aspek simbolik, meminum tuak melambangkan kekuatan tenaga dan keberanian hati tanpa berbelah-bahagi. Selain itu, kaum wanita akan membuat kuih-muih tradisi orang Dayak yang akan disimpan di dalam tempayan atau tin supaya tahan lama tanpa basi sementara menunggu Hari Gawai. Acara pembersihan kubur turut diadakan untuk menghormati orang-orang yang telah meninggal dunia, sama ada dalam kalangan datuk, nenek, moyang ataupun sanak saudara.
Setelah berbagai persediaan dibuat, maka tibalah hari Gawai Dayak yang dinantikan. Antara upacara yang dijalankan ialah upacara sajian dan penyembahan, bertujuan sebagai tanda kesyukuran untuk tahun yang telah berakhir dan memohon panjang umur, kesihatan dan rezeki pada masa akan datang.
KENALI PENULIS-PENULIS
BLOG INI TELAH DI CORET OLEH PELAJAR-PELAJAR KOMUNIKASI MEDIA BARU UNIMAP SESI 2015/2016. ANTARA YANG MENJADI PENULIS ADALAH AMIN,AFIFAH,ANA,SYAFIKA, ZURA,FIT NISA, DAN HUSSIEN.
TENTANG BLOG
"BLOG KAMI MEMAPARKAN KECANTIKAN DAN KEINDAHAN PERAYAAN DI MALAYSIA YANG TERDIRI DARIPADA MASYARAKAT MAJMUK YANG BERBILANG KAUM DAN BANGSA"
CAPAIAN BLOG
Powered by Blogger.
MALAYSIAKU SEHATI SEJIWA
Copyright ©
SAMBUTAN PERAYAAN DI MALAYSIA | Powered by Blogger
Design by Flythemes | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com
0 comments:
Post a Comment