Wednesday, 9 December 2015
Pergi
ke pasar bersama Kalsum,
Singgah
sebentar berjumpa pelawak,
Negeri
terbesar pelbagai kaum,
Bumi
kenyalang itulah Sarawak.
Malaysia sememangnya terkenal dengan
status negara berbilang kaum, atau dalam bahasa Inggeris multi-racial di
rantau Asia Tenggara ini. Seperti mana yang diketahui umum, majoriti kaum di
Malaysia adalah berbangsa Melayu, diikuti Cina dan India. Namun, lain pula
halnya di Sabah dan Sarawak. Misalnya Sarawak, negeri tersebut terkenal dengan
pelbagai kaum bumiputera, antaranya kaum Iban, Bidayuh, Melanau dan sebagainya.
Kaum-kaum tersebut mewakili kawasan tertentu di serata negeri tersebut. Kaum
Iban terutamanya, merupakan kaum yang cukup dikenali di negeri Sarawak dan kaum
yang mempunyai populasi terbesar di negeri tersebut.
Gawai Dayak merupakan perayaan utama
bagi kaum Iban, Bidayuh, kaum Orang Ulu (Kayan, Kenyah) serta masyarakat Dayak.
Gawai bermaksud pesta. Perayaan ini diraikan setiap tahun. Menurut kepercayaan
mereka, Gawai Dayak bertujuan menzahirkan rasa syukur kepada sang Pencipta
kerana telah mengurniakan rezeki kepada mereka, seterusnya memohon supaya
rezeki dapat terus dilimpahkan kepada mereka pada masa akan datang. Sebagaimana
upacara-upacara rasmi yang lain, Gawai Dayak juga terdapat persediaan tertentu
yang perlu dilakukan menjelang perayaan tersebut.
Antara persediaan yang dilakukan ialah
penapaian "tuak", iaitu sejenis minuman tradisi masyarakat Dayak
untuk diminum kelak. Dari aspek simbolik, meminum
tuak melambangkan kekuatan tenaga dan keberanian hati tanpa berbelah-bahagi.
Selain itu, kaum wanita akan membuat kuih-muih tradisi orang Dayak yang akan
disimpan di dalam tempayan atau tin supaya tahan lama tanpa basi sementara
menunggu Hari Gawai. Acara pembersihan kubur turut diadakan untuk menghormati
orang-orang yang telah meninggal dunia, sama ada dalam kalangan datuk, nenek,
moyang ataupun sanak saudara.
Setelah berbagai
persediaan dibuat, maka tibalah hari Gawai Dayak yang dinantikan. Antara
upacara yang dijalankan ialah upacara sajian dan penyembahan, bertujuan sebagai
tanda kesyukuran untuk tahun yang telah berakhir dan memohon panjang umur,
kesihatan dan rezeki pada masa akan datang.
Dikatakan, terdapat sebab
mengapa komuniti Dayak akan membilang dari satu hingga tujuh bila memulakan
doa. Komuniti Dayak percaya pada seorang Bunsu Kree Petara dan ada tujuh orang
dewa-dewa utama iaitu: dewa kegagahan dan peperangan yang digelar Sengalang
Burong, dewa pertanian untuk hasil tuaian yang lumayan iaitu dipanggil
Sempulang Gana, dewa kesihatan dan panjang umur yang bernama Menjaya Manang,
dewa kekayaan dengan namanya Anda Mara, dewa pembuatan dan kesuburan yang
dipanggil Selampandai, dewa kepercayaan yang disebut Biku Bunsu Petara dan
akhir sekali Ini Inee/Andan sebagai seorang doktor semulajadi dan dewa
keadilan.
Setelah selesai segala kegiatan
pada hari pertama, yang antaranya ialah mendirikan pokok kehidupan atau pokok 'ranyai',
maka tibalah hari kedua perayaan Gawai Dayak.
Acara menyambut tetamu akan
diadakan oleh seluruh warga rumah panjang atau kampung. Selalunya, sebuah kuta
yang berupa sebatang buluh dan digantungkan sehelai kain tradisi akan
direntangkan pada jalan ke arah rumah panjang atau balai raya kampung. Selepas
melafazkan puisi kata-kata untuk membuka kuta, ketua tetamu akan diminta untuk
mencantas kuta tersebut dengan sebilah parang tajam. Acara simbolik ini
menandakan semua halangan atau rintangan yang ada telah pun diatasi supaya
rumah itu pun terbuka untuk tetamu. Sebelum naik ke rumah, ketua tetamu sekali
lagi diminta melembing seekor haiwan yang disediakan di kaki tangga rumah oleh
pihak tuan rumah. Acara ini secara simbolik menandakan persembahan kepada para
dewa and ampun-mengampuni antara pihak tuan rumah dan para tetamu dengan
mengalirnya darah haiwan itu ke tanah di kaki tangga. Haiwan itu akan
dibersihkan dan dimasak sebagai hidangan makanan untuk semua orang.
Kemudian, acara tradisi sabong
ayam jantan biasanya akan diadakan oleh kaum lelaki semasa gawai. Seorang ketua
sabong akan dilantik untuk menentukan kalah menang dan peraturan-peraturan
sabong. Sebenarnya, acara laga ayam ini adalah amalan kepercayaan tradisi dan
aktiviti masa lapang komuniti Dayak yang terkenal. Oleh itu, komuniti Dayak
mempunyai pengetahuan mengenali jenis-jenis bulu dan sisik kaki ayam jantan
yang menandakan nasib dan kemenangannya. Pada asalnya, acara sabong tradisi
hanyalah untuk tiga kali perlawanan saja di bahagian verandah (tanju) rumah
panjang dan selepas itu ia adalah acara bebas bagi yang berminat untuk
disambung di tanah lapang di luar rumah.
Setelah selesai semua acara dan
amalan tradisi untuk kedua-dua hari tersebut, maka tibalah majlis penutupan
Gawai Dayak. Ia diadakan dengan acara simbolik menggulung tikar yang dipanggil
"Ngiling bidai" oleh kaum Iban. Acara ini merupakan maljis kecil atau
sederhana di mana ada makan minum setakat yang masih ada, pokok ranyai yang
lebih kecil boleh didirikan, diikuti tarian ngajat sekurang-kurangnya dan tuak
peruk mungkin dihidangkan. Ruak peruk disediakan daripada hampas nasi pulut
yang tinggal dalam tempayan setelah air tuaknya hampir habis diminum. Jadi,
tuak peruk selalunya berwarna putih. Akhir sekali, sebuah tikar yang dipanggil
"bidai" akan digulung untuk menandakan tutupnya perayaan Gawai Dayak.
Sekian daripada saya, Habib
Hussein bin Mohd Fauzi.
Untuk mengetahui dengan lebih
lanjut tentang Gawai Dayak, sila rujuk:
https://ms.wikipedia.org/wiki/Gawai_Dayak
PERAYAAN DEEPAVALI
Hari Deepavali
merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di
seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia.
Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa"
yang beerti cahaya dan perkataan "Gavali" yang beerti barisan.
Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalender
Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta
cahaya.
Menurut lagenda, Raja Naragasuri
yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan dibunuh oleh Maha
Krishnan. Sebelum mati, Raja Naragasuri meminta semua manusia agar mereka
merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada yang mereka yang baik
tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar
berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia.
Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut
Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan
sebagai perayaan Deepavali. Pada pagi Deepavali, penganut
Hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan penyucian badan dan
semangat. Selepas upacara penyucian yang melambangkan permulaan yang baru,
penganut Hindu akan mengunjungi kuil dimana patung dewa Hindu akan dikalungkan
dengan kalungan bunga.
Pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan "kolam", hiasan bungaan halus yang dilakarkan di atas tanah yang biasanya diperbuat daripaja bijiran pelbagai warna akan diletakkan. Hiasan "kolam" ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshimi, Dewa Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan "kolam" di pintu masuk rumah mereka."Kolam" merupakaan upacara keagamaan bagi penganut Hindu dan orang Islam adalah dilarang mengikutnya.
PESTA GAWAI
Pergi ke pasar bersama Kalsum,
Singgah sebentar berjumpa pelawak,
Negeri terbesar pelbagai kaum,
Bumi kenyalang itulah Sarawak.
Malaysia sememangnya terkenal dengan status negara berbilang kaum, atau dalam bahasa Inggeris multi-racial di rantau Asia Tenggara ini. Seperti mana yang diketahui umum, majoriti kaum di Malaysia adalah berbangsa Melayu, diikuti Cina dan India. Namun, lain pula halnya di Sabah dan Sarawak. Misalnya Sarawak, negeri tersebut terkenal dengan pelbagai kaum bumiputera, antaranya kaum Iban, Bidayuh, Melanau dan sebagainya. Kaum-kaum tersebut mewakili kawasan tertentu di serata negeri tersebut. Kaum Iban terutamanya, merupakan kaum yang cukup dikenali di negeri Sarawak dan kaum yang mempunyai populasi terbesar di negeri tersebut.
Kaum Iban di Sarawak |
Gawai Dayak merupakan perayaan utama bagi kaum Iban, Bidayuh, kaum Orang Ulu (Kayan, Kenyah) serta masyarakat Dayak. Gawai bermaksud pesta. Perayaan ini diraikan setiap tahun. Menurut kepercayaan mereka, Gawai Dayak bertujuan menzahirkan rasa syukur kepada sang Pencipta kerana telah mengurniakan rezeki kepada mereka, seterusnya memohon supaya rezeki dapat terus dilimpahkan kepada mereka pada masa akan datang. Sebagaimana upacara-upacara rasmi yang lain, Gawai Dayak juga terdapat persediaan tertentu yang perlu dilakukan menjelang perayaan tersebut.
Antara persediaan yang dilakukan ialah penapaian "tuak", iaitu sejenis minuman tradisi masyarakat Dayak untuk diminum kelak. Dari aspek simbolik, meminum tuak melambangkan kekuatan tenaga dan keberanian hati tanpa berbelah-bahagi. Selain itu, kaum wanita akan membuat kuih-muih tradisi orang Dayak yang akan disimpan di dalam tempayan atau tin supaya tahan lama tanpa basi sementara menunggu Hari Gawai. Acara pembersihan kubur turut diadakan untuk menghormati orang-orang yang telah meninggal dunia, sama ada dalam kalangan datuk, nenek, moyang ataupun sanak saudara.
Setelah berbagai persediaan dibuat, maka tibalah hari Gawai Dayak yang dinantikan. Antara upacara yang dijalankan ialah upacara sajian dan penyembahan, bertujuan sebagai tanda kesyukuran untuk tahun yang telah berakhir dan memohon panjang umur, kesihatan dan rezeki pada masa akan datang.
TAHUN BARU CINA
TAHUN BARU CINA
Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting
orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar
qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama
haiwan.
Tahun Baru Cina melambangkan
permulaan atau titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru
bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan
segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa
dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan
bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah
dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.
Tahun Baru Cina diraikan dengan
jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum
keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai dan kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang-pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib
baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum
kahwin. Perarakan tarian naga atau tarian singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang
diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina,
perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.
SAMBUTAN
PERAYAAN
Sambutan Tahun Baru Cina
disambut dengan menziarah ahli keluarga saudara-mara dan sahabat, serta
penggunaan warna merah yang berlebihan. Ang pau diberikan kepada orang muda dan kanak-kanak
oleh orang tua dan yang telah kahwin.
SEBELUM
Pada hari sebelum Tahun
Baru Cina, keluarga-keluarga Cina membersihkan rumah mereka secara menyeluruh,
kerana mereka percaya bahawa pembersihan ini menghalau nasib malang dan musibah
yang menimpa pada tahun yang berlalu serta menyediakan rumah mereka untuk
menjemput nasib baik. Penyapu dan pengumpul habuk disimpan pada malam sebelum
Tahun Baru dan hari pertama agar nasib baik itu tidak boleh disapu keluar. Ada
orang yang mengecat rumah, pintu dan sisi tingkap dengan warna merah. Rumah
dihiasi potongan kertas yang ditulis pepatah mengucap kebahagiaan dan
kemakmuran dalam bahasa Cina.
Acara terbesar pada malam Tahun
Baru Cina ialah jamuan pertemuan semula. Hidangan yang terdiri daripada ikan terdapat di atas meja makan untuk tujuan
paparan sempena jamuan ini. Di China utara, adalah juga menjadi adat untuk
memakan ladu untuk jamuan ini. Ladu melambangkan kemewahan kerana bentuknya
berupa tongkol emas Cina. Angpau bagi ahli terdekat dalam keluarga
kadang-kadang diberi sewaktu jamuan pertemuan semula. Paket ini sering
mengandungi duit dalam bilangan nombor tertentu yang mencerminkan tuah dan
kehormatan.
Makan besar atau jamuan pertemuan semula sebelum Tahun Baru Cina
HARI PERTAMA
Hari pertama adalah hari bagi
mengundang dewa-dewi dari kayangan dan bumi. Kebanyakan orang yang meraikannya,
terutamanya penganut agama Buddha menghindari diri daripada memakan
daging pada hari ini kerana adalah dipercayai bahawa ini memastikan mereka akan
lanjut usia.
Yang paling penting, hari pertama
Tahun Baru Cina merupakan masa apabila keluarga Cina menziarahi orang tua
mereka dan ahli keluarga paling senior dalam seluruh keluarga mereka, biasanya
ibu bapa, datuk nenek atau moyang.
Terdapat juga keluarga yang
mengundang tarian singa sebagai
upacara simbolik untuk menyambut tahun baru sambil menghalau puaka dan musibah
dari rumah.
Tarian Singa yang dijemput ke rumah
AMALAN PADA TAHUN BARU CINA
Ang pau
Secara tradisi, angpau atau sampul merah diedarkan sepanjang sambutan Tahun Baru Cina, oleh pasangan suami isteri atau orang tua kepada muda-mudi yang belum berkahwin. Adalah satu kebiasaan untuk orang dewasa memberi sampul merah ini kepada kanak-kanak.
Sampul merah ini sentiasa mengandungi wang, sama ada dua ataupun seratus ringgit. Jumlah wang dalam angpau sepatutnya bermula (bukan berakhir) dengan angka genap, kerana angka ganjil dikaitkan dengan wang tunai yang ditukarkan dalam upacara pengebumian ( 帛金, bó jīn). Oleh sebab angka 4dianggap membawa sial, kerana perkataan untuk empat sama bunyinya dengan mati, maka wang dalam angpau tidak boleh berjumlah 4 ringgit. Sementara itu, angka 8 dianggap bertuah (kerana sama bunyinya dengan "kaya"), maka 8 ringgit selalu didapati dalam angpau. Kadang-kala syiling coklat dimasukkan dalam angpau.
Pasar Tahun Baru
Pasar khas didirikan menjelang Tahun Baru untuk menjual barangan Tahun Baru. Pasar ini biasanya berbentuk pasar terbuka dan menampilkan barangan bunga, mainan, pakaian dan sebagainya kepada para pembeli untuk membeli hadiah untuk kunjungan tahun baru atau sebagai hiasan rumah.
Pakaian
Pemakaian yang melebihkan warna merah sering dipakai sepanjang Tahun Baru Cina kerana dipercayai warna merah akan menakutkan roh jahat dan nasib malang. Tambahan, orang yang memakai baju baru dari kepala hingga kaki pula melambangkan permulaan baru pada tahun baru.
PANTANG LARANG TAHUN BARU CINA
Tuah baik
- Membuka pintu dan tingkap dianggap menjemput masuk tuah pada tahun baru.
- Membiarkan lampu menyala semalaman dipercayai menghalau hantu dan puaka pembawa musibah yang mampu mempengaruhi nasib sekeluarga sepanjang tahun.
- Gula-gula dan manisan dimakan untuk "memaniskan" nasib sepanjang tahun bagi pemakannya.
- Pembersihan rumah di setiap sudut wajib dilangsungkan sebelum hari tahun baru agar mudah menerima tuah bagi tahun yang menjelang.
- Ada orang yang percaya bahawa apa yang berlaku pada hari pertama mencerminkan peristiwa yang akan berlangsung sepanjang tahun. Maka, orang Asia mengambil kesempatan untuk berjudi pada hari pertama ini bagi menaruh harapan untuk menambah kekayaan.
- Memakai selipar baru yang dibeli sebelum tahun baru bermaksud memijak orang yang bergosip tentang pemakainya.
Nasib Malang ("Tuah buruk")
- Membeli kasut baru dianggap pembawa malang bagi sesetengah orang Cina kerana perkataan bahasa Kantonis bagi "kasut" sama bunyinya dengan perkataan "kasar" atau "sukar".
- Membeli seluar baru juga dipandang sebagai pembawa malang kerana perkataan Kantonis bagi "seluar" sama bunyinya dengan "pahit". (Namun ada yang menganggapnya sebagai positif, kerana perkataan bagi "seluar" dalam dialek itu juga sama bunyinya dengan "kaya".)
- Menggunting rambut juga ditegah kerana perkataan bagi rambut sama bunyinya dengan hasil. Maka menggunting rambut juga dipandang sebagai "memotong hasil dalam bahasa Kantonis".
- Mencuci rambut juga dianggap sebagai mencuci keluar kekayaan (namun perihal kebersihan sering telah mengatasi tradisi ini.)
- Menyapu lantai juga dilarang pada hari pertama kerana ini akan menyapu keluar tuah bagi tahun baru.
- Perbualan mengenai kematian juga kurang sesuai bagi beberapa hari terawal Tahun Baru Cina kerana ini turut dianggap tidak bagus.
- Membeli buku juga membawa malang kerana perkataan sesetengah dialek Cina bagi "buku" sebunyi dengan perkataan bagi "kalah".
|
Sumber: Wikipedia
KENALI PENULIS-PENULIS
BLOG INI TELAH DI CORET OLEH PELAJAR-PELAJAR KOMUNIKASI MEDIA BARU UNIMAP SESI 2015/2016. ANTARA YANG MENJADI PENULIS ADALAH AMIN,AFIFAH,ANA,SYAFIKA, ZURA,FIT NISA, DAN HUSSIEN.
TENTANG BLOG
"BLOG KAMI MEMAPARKAN KECANTIKAN DAN KEINDAHAN PERAYAAN DI MALAYSIA YANG TERDIRI DARIPADA MASYARAKAT MAJMUK YANG BERBILANG KAUM DAN BANGSA"
CAPAIAN BLOG
Powered by Blogger.
MALAYSIAKU SEHATI SEJIWA
Copyright ©
SAMBUTAN PERAYAAN DI MALAYSIA | Powered by Blogger
Design by Flythemes | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com