Jesus Christ (ketua agama Kristian) |
Agama Kristian adalah agama terbesar di dunia, kira-kiranya 2.1 bilion penganut, atau sepertiga jumlah penduduk dunia. Kristian adalah sebuah agama monotheis yang berdasarkan kehidupan dan ajaran-ajaran Jesus dari Nazaret sebagaimana ditunjukkan dalam karya-karya para pengikutnya dalamPerjanjian Baru. Agama Kristian berkongsi semua kitab-kitab dalam Alkitab Ibrani dengan agama Yahudi dan sebab itu agama ini juga digelar sebuah agama usulan Abraham. Penganut Kristian atau Nasrani mengikuti ajaran Jesus Christ (Ibrani: יהושע,Yehoshua). Jesus dikenali juga dengan panggilan 'Al-Masih'.
Pelbagai tradisi agamawi, kepercayaan dan cara sembahyang yang memegang pada adat resam yang tertentu wujud dalam Kristianiti. Agama Kristian selalunya dipaparkan sebagai tiga aliran yang terutama yang telah dibentuk selama dua ribu tahun dahulu:
Katolik Roma (Mazhab yang nyata terbesar, dengan anggaran 1.2 bilion penganut yang telah dibaptis),
Ortodoks (Ortodoks Timur Dan Ortodox Timur Tengah),
Protestan (Pelbagai mazhab dan aliran fikiran, sepertiAnglikanisme, Reformasi, Luteran, Methodis, Injili, and Pentekostalisme)
Penganut Kristian menganggap bahawa Yesus adalah anak Yahwe. Beliau dikatakan membentuk sebahagian daripada Tritunggal(sang hyang Tri Tunggal di Indonesia atau Tri Tunggal Mahasuci di Singapura). 'Tritunggal' bermaksud persatuan Yahwe Tuhan Bapa, Tuhan Anak (Yesus) dan Roh Kudus yang membentuk satu Tuhan. Penganut Kristian juga percaya bahawa Yesus wujud bersama Yahwe sebelum terciptanya dunia, dilahirkan di dunia menerusi Bunda Maria (yang merupakan seorang perawan), dibangkitkan dari kubur setelah wafat selama tiga hari dan kini berada di "tangan kanan" Yahwe Tuhan di syurga.
Sebelum kedatangan agama Kristian, masyarakat Eropah adalah pagan, iaitu masyarakatnya tidak mempercayai atau menganuti sebarang agama utama dunia. Kemudian, Constantine telah mengiktiraj agama Kristian sebagai salah satu ajaran dan agama yang bebas. Seterusnya, masyarakat pun juga menerima agama Kristian dan Eropah telah menjadi sebuah empayar Kristian yang agung
Perayaan mereka yang beragama Kristian:
Hari Halloween [kilk pada pautann
KENALI PENULIS-PENULIS
BLOG INI TELAH DI CORET OLEH PELAJAR-PELAJAR KOMUNIKASI MEDIA BARU UNIMAP SESI 2015/2016. ANTARA YANG MENJADI PENULIS ADALAH AMIN,AFIFAH,ANA,SYAFIKA, ZURA,FIT NISA, DAN HUSSIEN.
TENTANG BLOG
"BLOG KAMI MEMAPARKAN KECANTIKAN DAN KEINDAHAN PERAYAAN DI MALAYSIA YANG TERDIRI DARIPADA MASYARAKAT MAJMUK YANG BERBILANG KAUM DAN BANGSA"
CAPAIAN BLOG
Powered by Blogger.
MALAYSIAKU SEHATI SEJIWA
Copyright ©
SAMBUTAN PERAYAAN DI MALAYSIA | Powered by Blogger
Design by Flythemes | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com
0 comments:
Post a Comment