Copyright ©
SAMBUTAN PERAYAAN DI MALAYSIA | Powered by Blogger
Design by Flythemes | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com
Warna warninya oh Malaysiaku!
Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Miss Asyikin kerana memberi peluang kepada kami untuk mempelajari cara-cara membuat blog.Terima kasih atas jasa yang tak terhingga mendidik dan mengajar kami. Juga diucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang bertungkus lumus menyiapkan dan membangunkan blog ini.Tidak dilupa buat sahabat yang melayari dan sudi membaca coretan-coretan kami.Terima kasih semua!
Hari Thaipusam merupakan satu
perayaan yang disambut oleh masyarakat beragama Hindu di seluruh dunia.
Perayaan ini bagi menghormati dewa Hindu, iaitu Lord Murugan. Perayaan ini
disambut pada bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil yang dikenali juga sebagai
bulan 'Thai'.Bagi penganut yang beragama
Hindu, Thaipusam adalah hari untuk menghapuskan dosa-dosa dan bertaubat
sepenuhnya akan kesalahan yang lepas.
Sebelum menyambut Thaipusam,
penganut agama Hindu akan berpuasa selama sebulan untuk tujuan membersihkan
jiwa. Dalam tempoh sebulan ini, mereka berpuasa dengan makan sayur sehari
sekali dan sentiasa mengunjungi kuil. Dua puluh empat jam sebelum menyambut
Thaipusam pula, mereka akan berpuasa sepenuhnya.Masyarakat yang beragama Hindu di
Malaysia, biasanya akan menyambut perayaan Thaipusam ini di Batu Caves, iaitu
sebuah tempat suci bagi masyarakat Hindu di sini.
Bagi sesetengah penganut agama
Hindu juga, mereka akan mencucuk logam atau besi yang menembusi kulit tubuh,
lidah, pipi, dan anggota badan yang lain bagi tujuan membersihkan dosa dan
menyucikan diri. Mereka akan berkumpul beramai-ramai sambil membawa 'kavadi'.
Biasanya, pembawa 'kavadi' ini berada dalam keadaaan terpukau sambil mengikut
rentak lagu yang dimainkan.
Copyright ©
SAMBUTAN PERAYAAN DI MALAYSIA | Powered by Blogger
Design by Flythemes | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com
0 comments:
Post a Comment