Saturday, 5 December 2015
Sejat selasih
perlahan-lahan,
Selasih ini
direndam sepetang,
Berhajat kasih
tertahan-tahan,
Entri terkini
bertema perayaan.
KOTOBIAN TADAU TAGAZO DO KAAMATAN !
Ni la ayat paling femes orang Sabah
selalu cakap kalau tiba penghujung bulan Mei. Ayat ni sebenarnya lebih kurang
ucapan sempena sambutan Kaamatan . Okay , sekarang saya nak cerita pasal Pesta
Kaamatan ! Baca betul-betul tau J
LAGENDA
PESTA KAAMATAN
Pesta Kaamatan atau di dalam bahasa Kadazan “Magavau” ini
merupakan upacara perayaan khas untuk menghormati “Bambazon” iaitu semangat
padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi kaum kadazan dusun sejak zaman
berzaman. Perayaan “Magavau”ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi.
Pesta Kaamatan yang kita rayakan dewasa ini telah diluluskan oleh Majlis
Undangan Kerajaan Koloni sebagai Cuti Umum sejak tahun 1960 lagi. Beliau yang
bertanggungjawab untuk mengusulkan agar Pesta Kaamatan ini diisytiharkan
sebagai Cuti Umum ialah Allahyarham YAB
Tun Haji Mohamed Fuad]Stephens, bekas Ketua Menteri Sabah yang pertama.
ASAL
USUL PESTA KAAMATAN
Menurut cerita lisan, Kinorohingan ( Tuhan ) dan isterinya
Suminundu mempunyai seorang anak perempuan yang bernama Huminodun. Untuk
menyelamatkan orang-orang Kadazandusun daripada kebuluran kerana tidak
mempunyai makanan yang mencukupi, maka Kinorohingan terpaksa mengorbankan anak
kesayangan mereka Huminodun. Huminodun dikorbankan dan mayatnya disemadi
menurut istiadat selengkapnya. Kononnya, mayat Huminodun itu telah mengeluarkan
berjenis-jenis benih tumbuhan yang menjadi makanan utama kepada kita sekarang.
Salah satu benih tumbuhan itu ialah padi. Oleh kerana sebahagian daripada mayat
Huminodun itu mengeluarkan benih padi, maka wujudlah kepercayaan bahawa padi
itu mempunyai semangat yang diberi nama "Bambarayon".
Bermula daripada kejadian tersebut orang-orang Kadazan Dusun
memulakan upacara Pesta Kaamatan, juga dikenali sebagai KOKOTUAN ( Pesta Menuai
) seperti yang dirayakan sejak awal sehingga kini. Perayaan seumpama ini
mengharapkan agar rezeki yang akan datang bertambah baik dan lumayan. Upacara
penghormatan terhadap semangat padi yakni padi-padi yang selesai dituai dan
telah selamat dimasukkan ke dalam ketawai ( Tangkob ) iaitu bekas tempat
menyimpan padi. Selain itu, perayaan Pesta Kaamatan ini juga mengingatkan kaum
itu mengenai asal-usul serta pencipta mereka - Kinorohingan, yang sanggup
mengorbankan anak kesayangannya - Humindoun untuk menyalamatkan mereka daripada
mati kebuluran.
AKTIVIT
KETIKA PESTA KAAMATAN
Tarian
Sumazau
Ilham tarian Sumazau ini adalah daripada corak penerbangan
burung helang yang disaksikan petani-petani yang berehat di sawah sewaktu musim
menuai. Setiap penari yang menjayakan tarian ini hendaklah bergerak beberapa
sentimenter saja daripada penari lain tanpa bersentuhan. Tarian ini ditarikan
oleh kaum petani terdiri daripada lelaki dan perempuan dengan memakai pakaian
tradisional mereka. Tarian ini dimainkan dengan iringan paluan gong, biasanya 6
buah gong yang berbagai ukuran dan satu gendang dengan rentak yang khusus.
Tempoh dan rentak pukulan gong Sumazau adalah berbeza-beza mengikut daerah dan
desa.
Unduk
Ngadau
Unduk Ngadau merujuk kepada semangat Huminodun. Unduk Ngadau
berasal dari perkataan “runduk tadau”, yang bermakna “gadis yang dimahkotakan
sinaran cahaya matahari”. Dikatakan, selepas Huminodun dikorbankan oleh
Kinoingan, selepas tujuh hari Unduk Ngadau muncul dari kakanan dan dipercayai
sebagai jelmaan semangat Huminodun. Unduk Ngadau juga dikatakan sebagai orang
yang pertama mengajar Bobohizan mentera yang diamalkan sehingga sekarang. Semenjak
itu perkataan Unduk Ngadau digunakan bagi melambangkan kecantikan dan kebaikan
budi bahasa Huminodun. Pertandingan ratu cantik Unduk Ngadau akan diadakan pada
perayaan Tadau Kaamatan.
MAKANAN
TRADISONAL SEMASA PESTA KAAMATAN
Antara hidangan popular semasa perayaan ini ialah meminum
tapai atau "Kinomol", iaitu sejenis arak tradisional. Tapai merupakan
minuman tradisi mereka, diperbuat sama ada daripada beras (nasi) atau ubi kayu.
Nasi akan diperam di dalam sebuah tempayan besar atau "tajau" selama
seminggu, atau ubi kayu diperam selama dua hingga tiga minggu. Biasanya tapai
dicampur dengan ragi untuk mempercepatkan proses "memberi rasa"
kepada tapai tersebut.
.
Lagu Pesta Kaamatan
Kasaakazan Do
Bambaazon Misompuru
Id Koubasanan
Toun haid
tumahib Osodu noi koniab , Gontob
tanong di aki,
Au opiumanan Natalup no i ralan,
Nantadon tulun tokou,
Toun vagu noikot no gontob Upus nu om upus ku, Koubasan
gulu-gulu,
Tadau kalamazan Orubat au poinsurat tungkusan sinakagon
Chorus:- Chorus:-
Kotobian do
Toun Vagu Tobpinai kanou pogi,
Doid songovian Mi-iso id koubasanan
Ada tokou pogivovogu Mogiampun-ampun tokou
Ondomo
kovosian tumabi toiso-iso
Kanou no
manaandak Mohoing dazanak Misompuru id
koubasanan
Tadau tagazo do Kaamatan
Kinasakazan Bambaazon
Chorus:-
Kotobian om kounsikaan Tadau do kaamatan, tadau do koubasanan,
Hasa
sopiampun Pogirot piombolutan, tukad do ingkokoton,
Miiso doid kasanangan Soira po wagu tokou mamasi
koubasanan,
Ingkaa
daa tikid toun Miobpinai toiso-iso, iso rikoton tokou.
Friday, 4 December 2015
SAMBUTAN HARI KRISMAS ( HARI NATAL)
Hari krismas (natal)
Krismas dirayakan oleh penganut
agama Kristian pada setiap 25hb Disember sebagai mengingati kelahiran Jesus
Christ. Sambutan Krismas dimeriahkan dengan hiasan pohon krismas yang dipasang
dengan lampu berwarna-warni. Bungkusan hadiah-hadiah akan diletakkan di bawah
pokok krismas dan akan dibuka pada hari tersebut.
Pada malam itu juga, semua ahli keluarga akan
berkumpul di rumah ibu bapa mereka dalam suasana yang penuh kegembiraan.
Kanak-kanak tidak digalakkan menghadiri upacara sembahyang pada sebelah malam,
mereka sebaliknya disuruh tidur kerana mengikut kepercayaan semasa mereka
tidur, Santa Claus akan datang membawa hadiah untuk anak-anak mereka.
Sepertimana perayaan masyarakat lain, pada pagi hari Krismas, mereka akan
mengunjungi gereja-gereja untuk upacara sembahyang.
AMALAN TRADISI SAMBUTAN HARI KRISMAS (NATAL)
Di seluruh dunia, sambutan Krismas diraikan dalam pelbagai bentuk, dicerminkan oleh kepelbagaian budaya dan tradisi sesebuah negara. Negara-negara yang hangat menyambut Krismas walaupun bilangan penduduk Kristian yang kecil seperti Jepun, telah menerima kebanyakan aspek-aspek sekular dalam sambutan Krismas seperti bertukar hadiah, hiasan lampu dan pokok Krismas.
- Tradisi Gereja
Sambutan Hari Krismas sangat penting bagi gereja, iaitu sewaktu untuk mengadakan upacara atau majlis sambutan istimewa. Berikut ialah cara-cara Krismas disambut di gereja.
- Paparan kelahiran Jesus Christ
Babak kelahiran ini dipaparkan dalam bentuk patung sebesar saiz manusia, ataupun sekecil kotak mancis, diperbuat dari pelbagai bahan termasuk kayu, tembikar, kertas, kain, jerami, dan logam yang berwarna-warni.
- Lingkaran Kedatangan
Lingkaran Kedatangan (Advent wreath) ialah selingkaran daun-daun pain, ivy dan holi, dengan lima batang lilin di dalamnya yang digantung di dalam gereja. Lilin-lilin ini dinyalakan pada setiap Ahad pada musim Kedatangan, dan lilin di tengah dinyalakan pada pagi Hari Krismas. Gereja selalu dihiasi dengan dahan dan daun hijau, di samping juga dimasukkan pohon Krismas.
- Pembacaan kitab
- karol
Sejarah sambutan Perayaan Krismas
Hari Krismas atau juga dikenali sebagai Hari Natal, adalah perayaan
terbesar untuk penganut agama Kristian, disambut setiap tahun pada tarikh 25
Disember bagi memperingati kelahiran Jesus dari Nazareth, pengasas ajaran
Kristian. Menurut Kitab Bible Perjanjian Baru, Jesus dilahirkan oleh Maria
(Virgin Mary) di Jurusalem. Penganut Kristian mempercayai bahawa kelahiran
Jesus ini menepati ramalan-ramalan agama Yahudi mengenai kedatangan seorang
penyelamat (Messiah) dari susur galur Raja David, yang kedatangannya adalah
untuk menebus manusia dari dosa-dosa Adam (original sin).
Kata “Natal” (Krismas) berasal dari bahasa Latin yang bererti lahir. Secara
istilah pula, Krismas bermakna upacara yang dilakukan oleh orang Kristian untuk
memperingati hari kelahiran Isa Al-Masih yang mereka sebut Tuhan Yesus.
ASAL USUL PERAYAAN KRISMAS (25 DISEMBER)
Saban tahun, 25 Disember disambut dengan meriah
oleh kira-kira 2 bilion penganut Kristian di seluruh dunia
Tarikh 25 Disember
merujuk kepada kelahiran Nabi Isa atau Jesus Christ. Perkataan “Krismas”
berasal dari istilah Yunani iaitu “Mass Kristus” yang membawa maksud Perayaan
bagi al-Masih.
Sambutan perayaan ini sebenarnya wujud
berabad-abad sebelum Isa dilahirkan tetapi tidak pernah didoktrin dalam agama
Kristian sehingga beberapa abad selepas kematian Nabi Isa.
Di sinilah
(Church of Nativity) dikatakan Nabi Isa dilahirkan.
Catholic Encyclopedia Edisi 1911 menggambarkan
bahawa perayaan Krismas bukan berasal daripada Palestin tetapi dari Mesir.
Dalam ekslopedia itu menyatakan perayaan Krismas dipengaruhi ajaran paganisme
daripada Mesir. Perayaan Pagan sekitar Januari hari pertama setiap tahun
benar-benar telah mempengaruhi tarikh 25 Disember yang kini dirayakan sebagai
perayaan Krismas.
Origen (AD 186-238), ahli teologi abad ketiga
dan digelar ‘bapa pengkritik Bible’ pernah menulis;
Dalam Kitab Suci, tiada seorang pun yang
direkodkan telah merayakan hari jadi atau mengadakan jamuan yang besar pada
hari lahirnya. Ia hanya orang-orang yang zalim dan toghut [seperti Firaun dan
Herod] yang membuat hari berfoya-foya yang gah pada hari mereka dilahirkan di
dunia. (Dipetik daripada 1911 Catholic Encyclopedia, artikel Hari Krismas).
Apabila kebanyakan penganut Kristian merayakan
perayaan Krismas pada 25 Disember (Kalendar Gregory) saban tahun, terdapat
penganut Kristian beraliran oriental seperti Armenian Apostolic Church dan
beberapa yang lain menyambut perayaan Krismas pada 6 atau 7 Januari (Kalendar
Gregory).
Di barat, tarikh 25 Disember berkait rapat
dengan perayaan penganut agama pagan dahulu kala.
Bukti jelas yang menunjukkan sambutan Hari Natal atau Krismas berasal dari budaya Pagan.
25 Disember dikaitkan dengan Festival Yule iaitu sejenis festival keagamaan bagi kaum paganisme Jerman sebelum kedatangan Kristian. Festival ini dirayakan daripada pertengahan Disember sehingga awal Januari berdasarkan Gemanic Lunar Calendar.
Jika Festival Yule dikaitkan dengan Krismas di barat, di timur, perayaan Krismas dikaitkan dengan Festival Dies Natalis Solis Invicti atau Festival Kelahiran Sol Invictus. Sol Invictus adalah tuhan matahari yang disembah oleh bangsa Rom Byzantine yang mana telah diadaptasi daripada tuhan bangsa Syria, Elagabalus.
25 Disember dikaitkan dengan tarikh kelahiran seorang lagi figura ajaran Paganisme iaitu Mitra. Mitra adalah dewa masyarakat Parsi yang kemudiannya diadaptasi oleh orang Rom sebagai dewa mereka. Ajaran Mitra dikenali Mitraism yang menjadi anutan ramai masyarakat Rom sebelum kedatangan Kristian pada abad ke-4 masihi.
Ukiran
dewa Mithra.
Manuskrip pertama yang menyatakan Perayaan
Krismas 25 Disember dijadikan cuti umum adalah Calender
of Filocalus. Ia dihasilkan untuk Valentinus, seorang bangsawan Rom
beragama Kristian.
Peringatan perayaan
Krismas baru tercetus antara tahun 325 – 354 Masehi oleh Paus Liberius yang
menetapkan tarikh 25 Disember. Ia sekaligus menjadi momentum penyembahan kepada
Dewa Matahari yang kadang kala juga ia diperingati pada tarikh 6 Januari, 18
Oktober, 28 April, atau 18 Mei. Oleh itu, sambutan ini telah ditetapkan oleh
Kaisar Konstantin dengan menggunakan tarikh 25 Disember tersebut disahkan
sebagai hari kelahiran Isa (Krismas).
Paul Liberius merupakan individu yang
menetapkan 25 Disember sebagai hari kelahiran Nabi Isa dan menerapkan
kepercayaan Pagan di dalam sambutan Krismas.
Asal-usul Pokok Krismas
Di kalangan penganut agama kuno,
pokok tersebut disebut “Mistletoe” yang di pakai sewaktu perayaan musim panas
kerana mereka perlu memberikan persembahan suci kepada matahari, yang telah
memberikan mukjizat penyembuhan. Kebiasaan berciuman di bawah pohon itu
merupakan awal acara di malam hari, yang dilanjutkan dengan pesta makan dan
minum sepuas-puasnya, sebagai perayaan yang diselenggarakan untuk memperingati
kematian “Matahari Tua” dan kelahiran “Matahari Baru” di musim panas.
Rangkaian bunga suci yang disebut “Holly Berries” juga
dipersembahkan kepada dewa Matahari. Sedangkan batang pohon Yule dianggap
sebagai wujud dari dewa matahari. Begitu juga menyalakan lilin yang terdapat
dalam upacara Kristian hanyalah lanjutan dari kebiasaan kafir, sebagai tanda
penghormatan terhadap dewa matahari yang bergeser menempati angkasa sebelah
selatan.
Pokok Krismas antara
salah satu elemen paling utama apabila menjelang perayaan Krismas. Pokok
Krismas diadaptasi daripada amalan kaum pagan apabila menjelang musim Sejuk
Solstis yang menjadikannya sebagai bahan untuk upacara penyembahan. Apabila
agama Kristian tersebar di Eropah, kaum pagan yang telah memeluk Kristian
meneruskan tradisi ini semasa perayaan Krismas. Bentuknya seakan-akan segitiga
dikaitkan dengan doktrin triniti yang menjadi dasar mazhab Katholik.
Pokok Krismas.
Perkataan ‘Christmas Tree’ direkodkan buat pertama kali pada tahun 1835 yang mana diambil daripada perkataan Jerman. Pokok Krismas digunakan buat pertama kali semasa perayaan Krismas oleh pengasas mazhab Prostestan, Martin Luther(1483-1546) pada abad ke-16.
Martin Luther
Asal-usul Santa Claus
Santa Claus
Santa Claus adalah nama paling dominan
apabila datangnya perayaan Krismas. Santa Claus berasal daripada perkataan
Belanda iaitu SinterKlaas. Santa Claus
bukan ajaran yang berasal dari paganisme, tetapi juga bukan ajaran Kristian. Santa Claus sebenarnya adalah nama
gelaran kepada Saint Nicolas of Myrra yang hidup sekitar abad ke-4 masihi.
Beliau memiliki kegemaran memberi hadiah secara rahsia kepada kanak-kanak yang
kemudian menjadi model kepada Santa Claus pada hari ini. Lazimnya, amalan
pemberian hadiah dilakukan pada 6 Disember sempena hari perayaan (feast day)
St. Nicholas of Myrra. Hal ini dijelaskan oleh
Encyclopedia Britannica, volume 19 halaman 648-649, edisi kesebelas, yang
berbunyi sebagai berikut:
“St. Nicholas, adalah seorang pastur di Myra yang amat
diagung-agungkan oleh orang-orang Yunani dan Latin setiap tanggal 6
Desember…Legenda ini bermula dari kebiasaannya yang suka memberikan hadiah
secara sembunyi-sembunyi kepada tiga anak wanita miskin… untuk melestarikan
kebiasaan lama dengan memberikan hadiah secara tersembunyi itu digabungkan ke
dalam malam Natal. Akhirnya berkaitlah antara hari Natal dan Santa Claus…”
Lukisan
dinding mengambarkan St. Nicholas of Myrra.
Warna tradisional Hari Krismas adalah merah,
putih, hijau, perak dan juga warna keemasan. Merah melambangkan darah Jesus
Christ ketika disalib manakala hijau melambangkan keabadian kehidupan.
SAJIAN TRADISI KRISMAS
Terdapat pelbagai sajian tradisi pada sambutan Krismas. Antaranya ialah seperti berikut:-
- Ayam Belanda Panggang
Antara makanan utama yang perlu ada dalam perayaan Hari Natal adalah hidangan ayam belanda panggang. Hidangan ini diletakkan di tengah-tengah meja disertai dengan hidangan yang lain. Bukan ayam belanda sahaja dihidangkan malah ikan salmon.
Tradisi menyediakan makanan ini memerlukan penyediaan yang besar ketika sambutan malam Krismas dan diamalkan sejak kurun ke-16.
Menurut masyarakat Kristian, lebih besar hidangan, jadi lebih meriah sesuatu perayaan. Burung merak dan angsa juga menjadi hidangan istimewa semasa perayaan Hari Krismas.
- Biskut-biskut Krismas (cookies)
Kehadiran biskut yang pelbagai rasa, warna, rupa dan bentuk, di samping hidangan-hidangan tradisional lain memeriahkan lagi suasana dan semangat Krismas.
Menelusuri sejarah biskut Krismas, perkataan biskut atau cookies pertama kali ditemui dalam bentuk cetakan ialah pada tahun 1703.
Begitu pun, sejarah biskut Krismas telah bermula sejak 10,000 tahun lalu apabila petani-petani zaman Neolithic, gemar menyediakan makanan mereka dengan kaedah membakar. Gandum yang dibentuk sebagai doh akan dibakar di atas batu panas.
Resipi asal biskut Krismas dikatakan bermula di zaman pertengahan Eropah. Lebkuchen atau gingerbread (biskut/kek halia) dikatakan biskut atau kek pertama yang secara tradisinya dikaitkan dengan Krismas.
Amalan membuat biskut Krismas tersebar luas di seluruh Eropah. Hampir setiap rumah membuat biskut mereka sendiri dengan pelbagai rasa dan nama. Selain Lebkuchen, orang Sweden gemarkan Paparkakor (biskut pedas mengandungi halia dan lada hitam) dan Krumkake (kepingan nipis berperisa limau) pula pilihan orang Norway.Seperti dalam banyak perkara lain, biskut Krismas turut melalui evolusinya tersendiri dengan kepelbagaian rasa, rupa dan bentuk.
![]() |
| christmas cute cookies |
![]() |
| cute santa cookies |
![]() |
| Oak Holly Christmas Kawai Cookies |
- Puding Plum (Puding Krismas)
Puding Krismas, telah wujud pada awal kurun ke 15. Resipi
asli dihasilkan daripada daging lembu, bawang putih dan sayur-sayuran serta
buah-buah kering. Pada kurun ke 16, kismis dan buah prun telah dimasukan ke
dalamnya. Plum adalah merujuk kepada buah prun tersebut.
![]() |
| christmas pudding on red tablecloth |
![]() |
| Puding buah plum |
Jika anda ingin
mendapatkan pelbagai resipi untuk Hari Natal, layarilah ruangan Food &
Entertainment di servis 88DB.com.
KENALI PENULIS-PENULIS
BLOG INI TELAH DI CORET OLEH PELAJAR-PELAJAR KOMUNIKASI MEDIA BARU UNIMAP SESI 2015/2016. ANTARA YANG MENJADI PENULIS ADALAH AMIN,AFIFAH,ANA,SYAFIKA, ZURA,FIT NISA, DAN HUSSIEN.
TENTANG BLOG
"BLOG KAMI MEMAPARKAN KECANTIKAN DAN KEINDAHAN PERAYAAN DI MALAYSIA YANG TERDIRI DARIPADA MASYARAKAT MAJMUK YANG BERBILANG KAUM DAN BANGSA"
CAPAIAN BLOG
Powered by Blogger.
MALAYSIAKU SEHATI SEJIWA
Copyright ©
SAMBUTAN PERAYAAN DI MALAYSIA | Powered by Blogger
Design by Flythemes | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com




















